Bismillahirrahamnirrahim,
Assalamualaikum semua, : )
Dapur comel nak bagi tips kesihatan sikit, cewah..cewah..
Sebenarnya untuk mengelakkan anak-anak mengambil makanan ringan atau bahasa orang putihnya JUNK FOOD, (haha, besar tulisnya) mummy-mummy diluar sana boleh gantikan dengan snack yang lebih berkhasiat dan sihat.
Junk food mengandungi bahan-bahan pengawet, perwarna dan gula@garam yang tinggi.
Ibu-ibu diluar sana, boleh mula ajar atau sediakan makanan ringan yang berkhasiat sejak dari kecil, biasakan dari awal mudah-mudahan bila dah terbiasa makan makanan yang berkhasiat, anak-anak akan suka. ibu-ibu perlu kreatif.
Jom kita sediakan;
Buah-buahan mudah untuk di cari. si pasaraya, pasar malam.
ini adalah salad buah-buahan. menarik bukan! potong kecil-kecil begini, jika mahu lebih sedap, gaulkan dengan yogourt rendah lemak.
Buah-buahan seperti pisang, betik, kiwi dan mangga kaya dengan vitamin - C. Elok untuk mengelak masalah sembelit ( sukar membuang air besar) .
Jika mahu menarik perhatian anak-anak yang masih kecil boleh hiaskan buah-buahan di pingga seperti dibawah;
menarikkan? atau seperti begini;
Selamat mencuba. boleh sediakan ketika menonton bersama family. No JUNK FOOD, pilihlah makanan yang baik dan sihat untuk keluarga anda ! : )
xoxoxox
Dapur Comel
Untuk tempahan Roti Jalan boleh hubungi: 0132221841