Friday 29 August 2014

Beribu-Ribu...Wow!

Assalamualaikum,

Hai semua !,

Semoga baik-baik dan ceria selalu. Dapur comel tengah semangat nak update blog hari ni, heee :)

Cuma nak kongsi cerita minggu lepas yang dah lepas hahaha..

Minggu lepas Dapur admin terima tempahan berdesup-desup, siap bersila la nk menjala, namun kebersihan mesti menjadi kepentingan tau!

Open house, Jamuan raya, dan kenduri raya tema minggu lepas :) tudiiaaa...

okey ni order sesi pagi:

dari Tenaga pengajar sekolah tahfiz nak jamu anak murid katanya: 150pcs@3kg
dan nun datang jauh dari Shah Alam semata-mata nak try Roti Jala Dapur Comel 200pcs@4kg

sesi petang
COD Area Bangi;
open House : 5kg@250pcs

petang COD putrajaya;
open house: 200pcs@4kg

fuh~

malam sempat lagi ke open house mak sudara di TTDI, Sampai rumah semua terlentang! ngeee\

Untuk Tempahan Hujung Minggu,
SMS/Call: 0132221841
 Penghantaran percuma disekitar Bangi, Kajang, Nilai & Putrajaya

XOXOX,
Dapur Comel.


Thursday 28 August 2014

D.I.Y

Assalamualaikum, 

Hai semua. hari ni dapur comel nak kongsi cerita semalam,
disebakan tempahan ROTI JALA makin meningkat maka stok bahan2 untuk ROTI JALA pun makin meningkat la.. huhuhu dah beberapa minggu asyik tangguh je projek makeover dapur comel. 

in progress Studio ROTI JALA :) 

tapi kita setel satu-satu. 

Semalam dapur comel ke kedai MR. DIY, cari bekas-bekas kecil nak letak rempah-rempah untuk kari ROTI JALA, sebelum ni bila dah buka, biar kan je dalam plastik peket tu, bila dah terlanggar, habis tumpah semua  dan bercampur, :P

So, inilah hasilnya bila rempah-rempah dah di 5'S kan.. hehehe ini istilah en. Suami la, dicabar untuk susun atur kemas dapur supaya sedap mata memandang, maklum la, bila dah busy buat ROTI JALA lintang pukang dapur, hehehe


warna Pink( merah Jambu) lagi, hehe dari bekas gula, pisau kupas kentang, alas meja, penapis, sampai la ke langsir mesti warna pink, pening en.Suami. semalam tambah beli jug air plastik, sampai kaunter nak bayar en suami tegur PINK lagi??? hahahaha

biar la dapur I untuk I berseni-seni dalam memasak..ngeh..ngeh... :P


so, masuk kan je semua rempah-rempah dalam bekas kecik ni, bila nak guna senangkan. 



okey, kita letak semua bekas kecik ni dalam bakul seperti gambar diatas ye. yang balang besar tu rempah kari, harus la besar, ngeee sebab senang peket besar sekaligus masuk dalam balang, 


okey semua, dapur comel nak sediakan bahan-bahan tempahan untuk esok pagi! 

XOXOXO
Dapur Comel :) 

untuk Tempahan Roti Jala: 0132221841


Respon Dari Customer

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim,

Hai semua, saja admin Dapur Comel nak tampal komen-komen customer yang dah pernah order,

Ada seorang customer ni sampai 3 kali Ulang order Roti Jala.:-) Alhamdulillah.





Untuk Sebarang tempahan hubungi: 0132221841

xoxoxo
Dapur Comel

Wednesday 27 August 2014

PROMOSI KENDURI KAHWIN

Assalamualaikum,

Bismillahirahmanirrahim, 

Hai semua, Dapur Comel dah open order untuk Kenduri Kahwin dan Aqiqah. Ada Diskaun Istimewa lagi. 

Untuk tempahan hubungi: 0132221841. (Pn Syahirah) :-) 


 

Boleh request untuk berapa orang tetamu yang hadir, 
 Juga boleh request warna.

xoxoxo
Dapur Comel. :-)

Roti Jala Raya

Assalamualaikum. 

 Bismillahirahmanirrahim, 


Alhamdulillah, Tempahan untuk Roti Jala sempena Hari Raya berdesup-desup. 

Kebanyakan Order untuk Open House, :) 

Alhamdulillah, Order sempena Cuti Merdeka 1 September 2014 (Isnin) dibuka ya.

Boleh Hubungi : 0132221841 (PnSyahirah)

XOXOXO

Dapur Comel