Sunday 14 September 2014

Adoiiii!!

Assalamualaikum wrt,
Hai semua, :)

cerita minggu lepas yang sangat padat.
Jumaat: Order Ulangan Dari Puan Zuryati & Prof Kamaruzaman.
            2KG:100pcs


Sabtu : Order untuk Majlis Aqiqah Puan Sharifah
            6 KG : 300pcs







Ahad;
Dah tiba hari nya! yeay.. dapurcom.blogspot.com bersiaran di UPM sempena program Seminar Keluarga Sunnah.

dari tengah malam prepare barang untuk Menjala;


 haaaaahhh...banyakkan, eh belum lagi. ni baru first round!


second round!....


sedang packing kuah kari ayam sedap :)



sesi buat tagging harga, tak sempat buat kat rumah. sampai UPM  open table susun sikit Roti Jala. buat harga sebelum kena serbu...






5 minit sebelum diserbu.. Alhamdulillah! semua 100 packet Roti Jala yang kami bawa licin!!!..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

seronok sangat, sebab jumpa peniaga dan kawan baru yang sama bidang menjadikan meniaga hujung minggu sebagai pendapatan sampingan dan seronok-seronok jer.. :) :) 

Untuk tempahan Kenduri Kahwin dan pebagai Jamuan anda!

SMS/CALL: 0132221841
penghantaran Percuma disekitar Bangi, Kajang, Nilai & Putrajaya.




Tuesday 9 September 2014

Wah...wah... Dah ada page Facebook :)

Roti Jala Ceria

Assalamualaikum, hai semua!
nampak tak tulisan Roti jala Ceria diatas? ahaa...itu adalah link nak ke page facebook Roti Jala Ceria..

hehehe, baru dapat buat. :)
So, sekarang dalam proses nak godek-godek instagram pulak. amboiii kan.. takpe yang penting dapur comel nak share gambar Roti Jala, so, boleh order melalui Facebook, instagram atau email atau blog lepas ni, hehehe :)





 1kg: RM20 jer ( Sekali dengan kari ayam) 

untuk tempahan kenduri kahwin, kenduri aqiqah, jamuan makan, atau untuk keluarga minum petang
boleh sms/call : 013-2221841

penghantaran percuma sekitar Bangi, Nilai, Kajang, & Putrajaya. :) 

Sunday 7 September 2014

T.I.P K.E.S.I.H.A.T.A.N

Assalamualaikum wrt,

Hai semua, 

Dah hampir 2 minggu saya dan suami batuk dan demam,

Maaf ya jika saya terpaksa tolak order minggu lepas, memang betul-betul perlukan rehat untuk sembuh sepenuhnya. ..

tapi, saya bimbang sungguh bila suami batuk teruk walaupun dan 2 kali pergi klinik amik injection dan makan antibiotik. 

saya google, tip2 yang baik mengikut pemakanan sunnah terus jumpa tip ni, lupa dah amik kat blog mana..

saya ubah sikit jer,

1) Madu
2) Pati Delima 
3) Lemon

saya satukan semua yang diatas dalam satu jar, cuma pati delima tu saya titiskan sikit jer, biar dalam peti ais semalaman, kemudian esok pagi amik satu sudu, tghari amik satu sudu, makan macam tu je tanpa air, sedap! serius~ sedaaapp!! dan malam kahak terus cair dan rasa lega.. suami amalkan hampir seminggu, alhamdulillah demam dah kebah, batuk dah kurang.. :) 





Jadi lepas ni, boleh buat lagi dan simpan. kalau rasa macam nak demam jer, cepat-cepat telan Madu + Lemon.. :) 


Untuk Tempahan ROTI JALA CERIA:
SMS/Call: 0132221841
Penghantara Percuma disekitar Bangi, Kajang, Putrajaya & Nilai 

XOXOXOX
Dapur Comel.

 

Thursday 4 September 2014

:: ROTI JALA:: Cantik dan Halus ~

Assalamualaikum, 

Hai semua,



Tumpang lalu, roti jala sepinggan hihi, 


Pening tau dak, saya dan suami hampir setiap hari membuat kajian bagaimana mahu menghasilkan Bunga atau Jaringan roti jala yang cantik, Halus tapi tebal, 

dah macam-macam acuan kami guna, buat sendiri pun dah cuba, 

sekarang dah jumpa botol dan acuan yang cantik, 

tapi, kami akan tetap mengkaji dan mecari acuan yang akan menghasilkan ROTI JALA yang super duper cantik dan halus :) 

Oh ya, ade resepi kuah baru. sweet..sweet jer.. bukan jenis kari ayam special tu. :) 

Tunggguuuuu!!


XOXOX

Dapur comel.

Untuk tempahan hujung minggu: 013-2221841