Wednesday 29 October 2014

Cerita Oktober

Assalamualikum wrt, hai semua lama admin dapur comel tak update blog ni kan,

al maklum la, bila dah menjala banyak2 tu , dapat jer masa rehat terus bum.bum... hehehe

Alhamdulillah rezeki dari Allah swt, order tak penah putus lagi.

Doakan ye dapur comel terus sukses! :) amin



Sunday 14 September 2014

Adoiiii!!

Assalamualaikum wrt,
Hai semua, :)

cerita minggu lepas yang sangat padat.
Jumaat: Order Ulangan Dari Puan Zuryati & Prof Kamaruzaman.
            2KG:100pcs


Sabtu : Order untuk Majlis Aqiqah Puan Sharifah
            6 KG : 300pcs







Ahad;
Dah tiba hari nya! yeay.. dapurcom.blogspot.com bersiaran di UPM sempena program Seminar Keluarga Sunnah.

dari tengah malam prepare barang untuk Menjala;


 haaaaahhh...banyakkan, eh belum lagi. ni baru first round!


second round!....


sedang packing kuah kari ayam sedap :)



sesi buat tagging harga, tak sempat buat kat rumah. sampai UPM  open table susun sikit Roti Jala. buat harga sebelum kena serbu...






5 minit sebelum diserbu.. Alhamdulillah! semua 100 packet Roti Jala yang kami bawa licin!!!..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

seronok sangat, sebab jumpa peniaga dan kawan baru yang sama bidang menjadikan meniaga hujung minggu sebagai pendapatan sampingan dan seronok-seronok jer.. :) :) 

Untuk tempahan Kenduri Kahwin dan pebagai Jamuan anda!

SMS/CALL: 0132221841
penghantaran Percuma disekitar Bangi, Kajang, Nilai & Putrajaya.




Tuesday 9 September 2014

Wah...wah... Dah ada page Facebook :)

Roti Jala Ceria

Assalamualaikum, hai semua!
nampak tak tulisan Roti jala Ceria diatas? ahaa...itu adalah link nak ke page facebook Roti Jala Ceria..

hehehe, baru dapat buat. :)
So, sekarang dalam proses nak godek-godek instagram pulak. amboiii kan.. takpe yang penting dapur comel nak share gambar Roti Jala, so, boleh order melalui Facebook, instagram atau email atau blog lepas ni, hehehe :)





 1kg: RM20 jer ( Sekali dengan kari ayam) 

untuk tempahan kenduri kahwin, kenduri aqiqah, jamuan makan, atau untuk keluarga minum petang
boleh sms/call : 013-2221841

penghantaran percuma sekitar Bangi, Nilai, Kajang, & Putrajaya. :) 

Sunday 7 September 2014

T.I.P K.E.S.I.H.A.T.A.N

Assalamualaikum wrt,

Hai semua, 

Dah hampir 2 minggu saya dan suami batuk dan demam,

Maaf ya jika saya terpaksa tolak order minggu lepas, memang betul-betul perlukan rehat untuk sembuh sepenuhnya. ..

tapi, saya bimbang sungguh bila suami batuk teruk walaupun dan 2 kali pergi klinik amik injection dan makan antibiotik. 

saya google, tip2 yang baik mengikut pemakanan sunnah terus jumpa tip ni, lupa dah amik kat blog mana..

saya ubah sikit jer,

1) Madu
2) Pati Delima 
3) Lemon

saya satukan semua yang diatas dalam satu jar, cuma pati delima tu saya titiskan sikit jer, biar dalam peti ais semalaman, kemudian esok pagi amik satu sudu, tghari amik satu sudu, makan macam tu je tanpa air, sedap! serius~ sedaaapp!! dan malam kahak terus cair dan rasa lega.. suami amalkan hampir seminggu, alhamdulillah demam dah kebah, batuk dah kurang.. :) 





Jadi lepas ni, boleh buat lagi dan simpan. kalau rasa macam nak demam jer, cepat-cepat telan Madu + Lemon.. :) 


Untuk Tempahan ROTI JALA CERIA:
SMS/Call: 0132221841
Penghantara Percuma disekitar Bangi, Kajang, Putrajaya & Nilai 

XOXOXOX
Dapur Comel.

 

Thursday 4 September 2014

:: ROTI JALA:: Cantik dan Halus ~

Assalamualaikum, 

Hai semua,



Tumpang lalu, roti jala sepinggan hihi, 


Pening tau dak, saya dan suami hampir setiap hari membuat kajian bagaimana mahu menghasilkan Bunga atau Jaringan roti jala yang cantik, Halus tapi tebal, 

dah macam-macam acuan kami guna, buat sendiri pun dah cuba, 

sekarang dah jumpa botol dan acuan yang cantik, 

tapi, kami akan tetap mengkaji dan mecari acuan yang akan menghasilkan ROTI JALA yang super duper cantik dan halus :) 

Oh ya, ade resepi kuah baru. sweet..sweet jer.. bukan jenis kari ayam special tu. :) 

Tunggguuuuu!!


XOXOX

Dapur comel.

Untuk tempahan hujung minggu: 013-2221841


Friday 29 August 2014

Beribu-Ribu...Wow!

Assalamualaikum,

Hai semua !,

Semoga baik-baik dan ceria selalu. Dapur comel tengah semangat nak update blog hari ni, heee :)

Cuma nak kongsi cerita minggu lepas yang dah lepas hahaha..

Minggu lepas Dapur admin terima tempahan berdesup-desup, siap bersila la nk menjala, namun kebersihan mesti menjadi kepentingan tau!

Open house, Jamuan raya, dan kenduri raya tema minggu lepas :) tudiiaaa...

okey ni order sesi pagi:

dari Tenaga pengajar sekolah tahfiz nak jamu anak murid katanya: 150pcs@3kg
dan nun datang jauh dari Shah Alam semata-mata nak try Roti Jala Dapur Comel 200pcs@4kg

sesi petang
COD Area Bangi;
open House : 5kg@250pcs

petang COD putrajaya;
open house: 200pcs@4kg

fuh~

malam sempat lagi ke open house mak sudara di TTDI, Sampai rumah semua terlentang! ngeee\

Untuk Tempahan Hujung Minggu,
SMS/Call: 0132221841
 Penghantaran percuma disekitar Bangi, Kajang, Nilai & Putrajaya

XOXOX,
Dapur Comel.


Thursday 28 August 2014

D.I.Y

Assalamualaikum, 

Hai semua. hari ni dapur comel nak kongsi cerita semalam,
disebakan tempahan ROTI JALA makin meningkat maka stok bahan2 untuk ROTI JALA pun makin meningkat la.. huhuhu dah beberapa minggu asyik tangguh je projek makeover dapur comel. 

in progress Studio ROTI JALA :) 

tapi kita setel satu-satu. 

Semalam dapur comel ke kedai MR. DIY, cari bekas-bekas kecil nak letak rempah-rempah untuk kari ROTI JALA, sebelum ni bila dah buka, biar kan je dalam plastik peket tu, bila dah terlanggar, habis tumpah semua  dan bercampur, :P

So, inilah hasilnya bila rempah-rempah dah di 5'S kan.. hehehe ini istilah en. Suami la, dicabar untuk susun atur kemas dapur supaya sedap mata memandang, maklum la, bila dah busy buat ROTI JALA lintang pukang dapur, hehehe


warna Pink( merah Jambu) lagi, hehe dari bekas gula, pisau kupas kentang, alas meja, penapis, sampai la ke langsir mesti warna pink, pening en.Suami. semalam tambah beli jug air plastik, sampai kaunter nak bayar en suami tegur PINK lagi??? hahahaha

biar la dapur I untuk I berseni-seni dalam memasak..ngeh..ngeh... :P


so, masuk kan je semua rempah-rempah dalam bekas kecik ni, bila nak guna senangkan. 



okey, kita letak semua bekas kecik ni dalam bakul seperti gambar diatas ye. yang balang besar tu rempah kari, harus la besar, ngeee sebab senang peket besar sekaligus masuk dalam balang, 


okey semua, dapur comel nak sediakan bahan-bahan tempahan untuk esok pagi! 

XOXOXO
Dapur Comel :) 

untuk Tempahan Roti Jala: 0132221841


Respon Dari Customer

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim,

Hai semua, saja admin Dapur Comel nak tampal komen-komen customer yang dah pernah order,

Ada seorang customer ni sampai 3 kali Ulang order Roti Jala.:-) Alhamdulillah.





Untuk Sebarang tempahan hubungi: 0132221841

xoxoxo
Dapur Comel

Wednesday 27 August 2014

PROMOSI KENDURI KAHWIN

Assalamualaikum,

Bismillahirahmanirrahim, 

Hai semua, Dapur Comel dah open order untuk Kenduri Kahwin dan Aqiqah. Ada Diskaun Istimewa lagi. 

Untuk tempahan hubungi: 0132221841. (Pn Syahirah) :-) 


 

Boleh request untuk berapa orang tetamu yang hadir, 
 Juga boleh request warna.

xoxoxo
Dapur Comel. :-)

Roti Jala Raya

Assalamualaikum. 

 Bismillahirahmanirrahim, 


Alhamdulillah, Tempahan untuk Roti Jala sempena Hari Raya berdesup-desup. 

Kebanyakan Order untuk Open House, :) 

Alhamdulillah, Order sempena Cuti Merdeka 1 September 2014 (Isnin) dibuka ya.

Boleh Hubungi : 0132221841 (PnSyahirah)

XOXOXO

Dapur Comel

Tuesday 20 May 2014

ORDER UNTUK RAYA

Assalamualaikum,

hai..hai..

Dapur comel nak open order untuk Raya nanti,

Kalau rasa tak tau apa menu tambahan untuk Rumah terbuka anda boleh la order Roti Jala Dapur Comel.
Untuk Bulan Ramadhan nanti jika ada request dapur comel boleh pertimbangkan ye.

Dah ada yang repaet order. :)

Alhamdulillah. Boleh hubungi 0132221841 untuk tempahan.
Penghantaran percuma disekitar Bangi, Putrajaya, Nilai, Kajang.

xoxoxo,
Dapur Comel

Wednesday 14 May 2014

Alhamdulillah, Terima Kasih Daun Keladi !

Pada mulanya saya hanya buat suka-suka je Roti Jala ni, sebab saya pengemar Roti Jala tahap fanatik lah, sampai setiap kali bulan Puasa pun minta ayah buatkan. 

Bila dah kawin ni, buat untuk suami la pulak kan, tapi tak syok sebab buat banyak yang makannya dua orang, hehehe kadang-kadang saya jamu kawan-kawan yang datang. :) 

sampai lah suatu hari, saja la iklan sapa-sapa nak tempah roti jala untuk jamu tetamu boleh order dengan saya.  Rezeki kan, Allah maha pemurah. Alhamdulillah! Tempahan pertama dari Pensyarah saya la, 

100 pcs terus dia order. Fuh, first time buat kelam kabut jugak.. macam berperang ja kat dapur habis tunggang terbalik.. hihihi 

lani, dah teror sikit la siapkan bahan2 awal-awal, potong kentang, bawang blender siap-siap, simpan dalam peti ais. Siapa-siapa nak order 500pcs atau 1000pcs pun boleh. :) 


Meh tengok komen customer.;



Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Tempahan hanya hujung minggu je. hubungi 0132221841.

xoxoxo
Dapur comel,

Tuesday 13 May 2014

Roti Jala~ Roti Jala

Bismillahirrahmanirahim. 

Hye  semua. Fuh baru sempat nak update Blog. 

Minggu lepas siapkan tempahan dan kenduri kahwin sepupu.  Tak tidur malam nak siapkan bahan-bahan untuk Roti Jala dan Kari Daging. Puas hati ! Siap semua berlari ke Bangi hantar dan terus ke Shah Alam. 
Dugaan sikit, bila tayar kereta pecah. huhuh so, sebelum sampai Shah Alam kena ganti dulu la. T_T.. 








*order dari CikPuan Syuhada di Shah Alam, kebetulan ke Shah Alam, customer ambil sendiri. 


*Order dari Puan Wahida dari Bangi. Penghantaran Percuma. Terima kasih ya.


Sebarang tempahan boleh hubungi: 

0132221841

xoxox
Dapur Comel. :-)


Thursday 8 May 2014

Open Order 11 Mei 2014

Bismillahirrahmanirrahim, 

Dapur Comel nak buka tempahan untuk hari Ahad ni, :) 

Penghantaran percuma sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya dan Nilai.
 Order dari Puan Wahida : 30pcs
Order dari Puan Shuhada (Shah Alam) : 30 pcs. 

kebetulan pula Dapur comel nak ke Shah Alam, boleh lah selit order. :) 





Jom order. Sms/ Whatsapp/ :0132221841

xoxoxo, 
Dapur Comel. :-) 

Wednesday 7 May 2014

U're what U eat !

Bismillahirrahamnirrahim,

Assalamualaikum semua, : )

Dapur comel nak bagi tips kesihatan sikit, cewah..cewah..
Sebenarnya untuk mengelakkan anak-anak mengambil makanan ringan atau bahasa orang putihnya JUNK FOOD, (haha, besar tulisnya) mummy-mummy diluar sana boleh gantikan dengan snack yang lebih berkhasiat dan sihat.

Junk food mengandungi bahan-bahan pengawet, perwarna dan gula@garam yang tinggi.

Ibu-ibu diluar sana, boleh mula ajar atau sediakan makanan ringan yang berkhasiat sejak dari kecil, biasakan dari awal mudah-mudahan bila dah terbiasa makan makanan yang berkhasiat, anak-anak akan suka. ibu-ibu perlu kreatif.

Jom kita sediakan;

Buah-buahan mudah untuk di cari. si pasaraya, pasar malam.

ini adalah salad buah-buahan. menarik bukan! potong kecil-kecil begini, jika mahu lebih sedap, gaulkan dengan yogourt rendah lemak.

Buah-buahan seperti pisang, betik, kiwi dan mangga kaya dengan vitamin - C. Elok untuk mengelak masalah sembelit ( sukar membuang air besar) .

Jika mahu menarik perhatian anak-anak yang masih kecil boleh hiaskan buah-buahan di pingga seperti dibawah;


menarikkan? atau seperti begini;




Selamat mencuba. boleh sediakan ketika menonton bersama family. No JUNK FOOD, pilihlah makanan yang baik dan sihat untuk keluarga anda ! : )

xoxoxox
Dapur Comel

Untuk tempahan Roti Jalan boleh hubungi: 0132221841


Penutup Tempahan April

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum semua, 
Baru dapat update Dapur Comel, Minggu lepas penuh dengan pelbagai aktiviti :) 
Last order untuk April dari Cik Amirah dari Sentul, 
Disebabkan area jauh dari Bangi, Dapur Comel hantar Roti Jala by komuter, 
Jumap di tengah-tengah, Dari stesen komuter Bangi ke Stesen komuter Bandar Tasik Selatan, 
Pagi-pagi lepas siapkan tempahan, terus ambil komuter, seronok juga pagi-pagi lagi dah jalan-jalan :) 
Terima cik Amirah order, beliau request warna hijau, kuning & Pink. 



50pcs : RM20
100 pcs : RM40
500pcs dan ke atas. 

Kami menerima tempahan untuk Jamuan, Kenduri & Mesyuarat. Maklum 3 hari sebelum ya.
Boleh Hubungi : 0132221841

xoxoxo
Dapur Comel.

Tuesday 6 May 2014

*Roti Jala Oh Roti Jala *

Bismillahirrahmanirrahim,


Tempahan untuk 26 April 2014 ( Sabtu)

~ Roti Jala Hijau Kuning~

Order by Puan Zuryati. - 100 pcs.


Penghantaran percuma ke Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

xoxoxo
Dapur Comel. :)

Bismillahirrahmanirrahim, 


Selamat datang ke blog Dapur Comel.

 Kita berkongsi idea/ resepi baru dan kreatif. 


Kami menerima tempahan Roti Jala Ceria. 

kenduri, Jamuan & Mesyuarat. 

Penghangataran percuma di sekita Bangi, Kajang, Semenyih & Nilai.



xoxoxox

Dapur Comel, :)